GBC saran SPAN tidak politikkan isu air di Selangor

Discussion in 'News Room' started by AmuletForums, 6 August 2014.

  1. AmuletForums
    Offline

    AmuletForums Forum News

    Joined:
    8 February 2009
    Messages:
    142,036
    GBC saran SPAN tidak politikkan isu air di Selangor

    [​IMG]PETALING JAYA: Pengerusi Gabungan Kontraktor Bumiputra Berwibawa (GBC), Datuk Mohd Said Mat Saman menyokong kenyataan yang dibuat oleh Presiden Water Association of Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAn) Aldric Loong berhubung dengan bekalan air di negeri Selangor.

    Menurutnya, situasi kekurangan bekalan air ini akan memberi impak yang besar terhadap projek-projek pembangunan di negeri Selangor dan ini secara terus akan menyusahkan pelbagai pihak.

    “Situasai bekalan air di negeri Selangor menjadi semakin kritikal hari demi hari. Berdasarkan maklumat empangan dalam laman web Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), paras simpanan air bagi Empangan Sungai Selangor kini sudah berada di paras 32.74 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

    Jelasnya, amat penting pada masa kini untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memainkan peranan dengan melaksanakan langkah-langkah yang sepatutnya demi kebaikkan pengguna.

    “Ia sungguh membimbangkan kerana SPAN tidak membuat apa-apa keputusan untuk melaksanakan catuan atau sebagainya malah hanya menunggu kerajaan negeri untuk membuat permohonan catuan hingga kini.

    “SPAN sebagai badan berkuasa yang memberi nasihat kepada Menteri KeTTHA dan juga sebagai ‘independent regulator’ boleh bertindak sendiri mengetengahkan kepada kerajaan Selangor daripada membiarkan isu bekalan air ini berlarutan,” ujarnya.

    Selain itu Mohd Said turut mempersoalkan mengapakah SPAN tidak melaksanakan tugasnya, dan jika SPAN enggan mengutamakan pengguna dan tidak ingin mengambil langkah proaktif, kami menyeru agar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri KeTTHA membubarkan suruhanjaya ini kerana ia tidak mengambil apa-apa langkah untuk mempertahankan hak air pengguna.

    “SPAN perlu sedar bahawa keadaan berisiko tinggi ini akan menjejaskan perkembangan perniagaan dan industri secara besar-besaran. GBC berharap SPAN dapat memberhentikan ‘permainan tunggu dan lihat’ ini dan menyeru agar SPAN turun padang sendiri sebagai sebuah pihak yang bertanggungjawab bagi menyelesaikan isu air ini yang telah berpanjang sekian lama,” katanya.

    Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh SPAN minggu lepas, SPAN masih menunggu keputusan dari pihak kerajaan negeri Selangor dan LUAS untuk membuat keputusan bagi menyelesaikan krisis air.

    Ujar Mohd Said lagi, sebagai pihak berkuasa dan bertanggungjawa terhadap bekalan air, pihak SPAN tidak sepatutnya mengabaikan amaran dan kenyataan dari pihak NGO lain serta LUAS sendiri berkenaan empangan Sungai Selangor.

    “SPAN seharusnya menasihati KeTTHA berhubung dengan objektif dasar kebangsaan bagi bekalan air, memastikan produktiviti bekalan air dan memantau pengendalian bekalan air,” katanya.

    Selain itu, pihak GBC turut meminta SPAN agar tidak terlibat dengan isu-isu politik di negeri Selangor dan mengutamakan kepentingan pengguna di negeri Selangor kerana bekalan air merupakan nadi kepada negeri Selangor memandangkan pembangunan negeri ini amat pesat.

    “Setiap pengguna berhak terhadap bekalan air dan jangan mempolitikkan air untuk kepentingan sendiri,” katanya.

    Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/08/05/gbc-saran-span-tidak-politikkan-isu-air-di-selangor/
     

Users Viewing Thread (Users: 0, Guests: 0)