Bersih 4.0 tidak mewakili majoriti rakyat Malaysia

Discussion in 'News Room' started by AmuletForums, 4 September 2015.

  1. AmuletForums
    Offline

    AmuletForums Forum News

    Joined:
    8 February 2009
    Messages:
    142,036
    Bersih 4.0 tidak mewakili majoriti rakyat Malaysia

    [​IMG]

    KUALA LUMPUR: Jumlah peserta yang turun ke demonstrasi jalanan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos tidak sampai satu peratus daripada populasi rakyat Malaysia sekali gus tidak mewakili suara majoriti rakyat.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman juga menyatakan perhimpunan itu juga telah membantutkan orang ramai mengunjungi ibu kota dan menggangu perjalanan harian Kuala Lumpur.

    “Kehadiran mereka telah menyebabkan rakyat Malaysia takut untuk hadir ke ibu kota pada hari itu,” katanya selepas melancarkan Expo Filem Malaysia, KLCC pada Jumaat.

    Azalina turut mempersoalkan mengenai lokasi demonstrasi yang dipilih dan mencadangkan ia sepatutnya diadakan di negeri pembangkang iaitu Pulau Pinang atau Selangor.

    “Kenapa tidak dilaksanakan di George Town yang merupakan ibu negeri Pulau Pinang, dan kenapa tidak dilakukan di Selangor?

    “Saya mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar lakukan demonstrasi ini di Pulau Pinang dan jadikan demonstrasi ini sebagai satu acara tahunan untuk pelancongan di negeri pimpinan DAP itu.

    “Tolong buat di Pulau Pinang, saya lebih dari gembira jika ia dilakukan di Pulau Pinang, malah seharusnya dijadikan acara tahunan bagi pelancongan di Pulau Pinang.

    “Takkan hanya konsert sahaja diadakan di stadium,” katanya.

    Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/09/04/bersih-4-0-tidak-mewakili-majoriti-rakyat-malaysia/
     

Users Viewing Thread (Users: 0, Guests: 0)